Thursday, September 27, 2012

Bukan perkataan yang memberi Makna, hakikatnya ISTILAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera hendaknya.
semoga semua dalam keadaan sihat, tenang, dan di limpah rahmat Tuhan.

Sekian lama saya menyepi diri untuk entri baru. Maaf mungkin atas kekangan-kekangan kerja untuk tahun akhir.
Syukur Alhamdulilah satu persatu urusan dunia di lepasi, ada lagi 1,111,111, urusan yang mungkin masih belum selesai.

hari ini dengan hati terbuka saya nak berkongsi kisah saya. hah bagi mereka yang kenal pasti dengan keletah MASSCOMERS. saya salah seorang student MASSCOMERS dari UITM MELAKA. sesungguhnya rakan seperjuangan saya di kenali dengan karenah GLAMOUR, GEDIKS, HEBAT, GAH, ARTIS dan etc. tapi tak lah semua nya nakal-nakal belaka. urusan dunia ini semua sifat sementara. Almaklum manusia tak lepas dari sifat sentiasa berubah dan tidak berpuas hati dengan apa yang di miliki, di lakukan atau di garapkan. Termasuk juga saya.
rakan seMASSCOMERS

Saya yakin dengan pilihan jurusan saya. bukan atas niat untuk berada di kaca tv, tetapi untuk pelajari sesuatu yang lain dan meningkatkan kemahiran komunikasi. Sebab itu lahirnya adab dalam berkomunikasi. Syukran untuk rakan-rakan saya. 3 tahun bersama semuanya baik-baik sungguh. Dengan itu juga keyakinan diri saya meningkat.

Tidak yang keruh semua itu kotor, dan tidak pula yang cantik tiada celanya. sikap prejudice dan stereotyping menjadi ikutan dan amalan untuk zaman kita. Hendak di taram semua dah besar belaka, hendak di latih semua bagaikan dah mahir. Nak tak nak renungkan diri dan muhasabah.

Urusan dunia di kejar-kejar begitu juga urusan akhirat. Jangan lupa untuk berlumba-lumba. takut tiket ke syurga kehabisan. Hati yang baik tidak semua orang lihat, namun pakaian, perilaku, adab, dan budi bicara merupkan pembentuk hati yang cantik, moleh, putih dan bersih.

Rakan dan saudara-saudari yang di kasihi Allah dan saya mulia kan. Walaupun bidang kerja, bidang pelajaran kita berlainan. tapi tujuan kita hanya satu. ILMU,REDHA & GANJARAN. Tak kisah lah penilaian orang terhadap kita bagaimana sekalipun kita perlulah ada kesedaran dalam diri. Teguran adakala suatu bantuan, kritikan adakala suatu kekuatan. MINDSET positif Insyallah semua akan baik-baik sahaja.

No comments:

Post a Comment