Monday, February 28, 2011

cabaran media ICT dalam komunikasi islam


assalamualaikum w.b.t

perkembangan teknologi dalam arus modenisasi semakin berleluasa. arus media teknologi masa kini tidak seperti dulu, arus globalisasi atau dunia tanpa sempadan kini semakin membimbangkan setiap lapisan masyarakat. tidak di pertikaikan kebaikan dan keburukan peningkatan teknolgi masa kini. tetapi ada kala ia membimbangkan pihak2 setempat yang kuatir tentang aktiviti anak2 mereka. pasangan suami isteri atau rakan2.

penggunaan media ICT kini bertujuan menyimpan, memproses dan menyampaikan maklumat kepada pengguna, pembaca dan masyarakat.

1. Penyimpanan merupakan usaha mengumpul maklumat yang di peroleh.
2. Pemprosesan merupakan usaha dalam menapis setiap maklumat mengikut kategorinya.
3. Penyampaian pula bermaksud prose dimana maklumat akan di sebarkan kepada pengguna dan masyarakat dengan pelbagai cara.


rakan2, saudara saudari sekalian hari ni saya nak berkongsi apakah cabaran2 ICT terhadap komunikasi islam yang semakin menghimpit kita.

1. penggunaan internet yang tidak bertapis
2. rancangan di TV yang tidak di tapis secara telus
3. media bertulis yang memaparkan karya2 yang tidak sepatutnya serta grafik2 yang berunsur lucah dan membatasi syariat islam.



bagi membanteras masalah dan kemelut ini daripada semakin berlarutan, langkah2 yang pragmatik harus la kita laksanakan. sebagai contoh.:
1. memperbanyakkan kandungan ilmiah menerusi ICT.
2. Mendidik umat islam menggunakan ICT secara beretika dab bermoral.


dalam komunikasi islam setiap mesej hendak lah di utarakan dan di sampaikan dengan cara yg tepat dan benar agar tidak menyinggung mana2 pihak. sebagai contoh"

a. apabila Nabi Musa di perintahkan berjumpa dgn firaun, baginda di arah supaya menggunakan bahasa yang lembut (Tahaa:44)
b. apabila kita berkomunikasi dangan ibu bapa hendaklah berkata dengan kata-kata yang lembut, tidak berkasar atau dengan nada menengking. ( al-Isra:23)
c. perlu menapis setiap berita yang di bawa oleh orang fasiq (Al-Hujurat:6)
d. apabila berbahas perlu berbahas dengan cara yang terbaik dan bijaksana supaya musuh tertarik dengan islam (An-Nahl:125)



metode dakwah islamiah


assalamualaikum maaf kerana semakin hari semakin lewat saya berkongsi ilmu bersama anda semua,. sibuk ntah kemana saje la saya nie. so, hari ni saya akan kongsi bersama anda dalam perjalan melakar blog islamiah saya dgn tujuan menyampaikan maklumat mengenai cara atau metode dakwah islam melalui komunikasi.

7 cara untuk menyampaikan dakwah islamiah melalui komunikasi adalah melalui media:

1. Al-Quran
2. Jemaah atau organisasi
3. Lisan
4. Tulisan.
5.Lukisan atau gambar
6. Perbuatan dan bahasa termasuk isyarat
7. Audio-visual.


selain itu penyampai maklumat atau dakwah islamiah boleh di giat atau di kuat kan dgn melaksanakan atau mwujudkan lagi banyak laman web atau homepage islamic di internet.
penggunaan internet yang semakin berleluasa perlu la kita kukuhkan lagi penggunaannya ke arah kebaikan dan berlandaskan syariat islam.

Wednesday, February 16, 2011

PERANAN MEDIA DALAM PENYEBARAN MAKLUMAT ISLAM

Para saujana komunikasi Barat seperti Schremm, Laswell, Lerner telah mengemukakan pelbagai peranan yang dapat di mainkan oleh media massa dalam masyarakat.
kategori-kategori peranan tersebut ialah :

1. pemberitahu dan pengawal persekitaran
2. penggalak perbincangan dan pendorong perubahan.
3. agen sosialisasi serta penyalur budaya dan nilai
4. penghibur

dalam konteks komunikasi islam yang mempunyai ruang lingkup yang lebih luas tentang media, telah menetapkan bahawa peranan media islam mestilah selari dan searus dengan peranan agama islam sendiri.

5 aspek penting dalam peranan media informasi islam ialah :

1. menyebarkan peranan islam dan menjelaskan kebenaran kepada orang ramai.

2. mempertahankan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan ummah.

3. menggunakan pendekatan dan kaedah yang bijaksana dalam menjayakan proses komunikasi yang berkesan

4. melancarkan perang saraf terhadap msusuh sebagai salah satu cara dakwah untuk menangkis serangan media barat seta melemahkan hujah dan posisi mereka disamping mengukuhkan sasaran dan perspektif islam.

5. menghadapi perang media propoganda asing serta melindungi ummah dari usaha yang menyesatkan.

Tuesday, February 1, 2011

HALANGAN DAN JENIS MEDIA DALAM KOMUNIKASI

untuk memastikan komunikasi berjalan lancar, islam mengajar kita supaya mendisiplinkan diri agar tidak melakukan tindakan yang di tegah oleh islam ketika berkomunikasi. antara halangan komunikasi adalah:
1. mengutuk orang
2. memperkecil-kecilkan orang lain
3. membocorkan rahsia orang lain
4. mengumpat dan memperkata orang lain
5. memuji kelebihan diri sendiri
6. bertengkar
7. bercakap kotor, kasar, dan lain2 lagi.

MEDIA
satu lagi bahan halangan yang terbesar ketika ini.
terbahagi kepada 2 jenis iaitu:
1. audio : bunyi/suara
2. visual: gambaran

media menurut islam adalah saluran di mana suatu mesej akan di sampaikan samada secara lansung atau tidak langsung. antaranya ialah:
1. Al-Quran
2. jemaah atau organisasi
3. Lisan
4. Tulisan
5. Lukisan atau gambar
6. Perbuatan dan bahasa badan termasuk isyarat
7. audio-visual

BENTUK-BENTUK KOMUNIKASI

KOMUNIKASI DENGAN ALLAH (HABLUM MINALLAH)

komunikasi dengan ALLAH adalah komunikasi yang paling tinngi darjat kesucian dan kemuliaannya. komunikasi secara ini adalah komunikasi terus atau directly kepada Allah S.W.T tanpa perantaraannya. komunikasi seperti ini selalunya bertujuan untuk mendekatkan diri dengan Allah, memohon panduan, petunjuk, pertolongan, perlindungan, menyerah diri kepada Sang Pencipta, mengucap tanda syukur dan mengadu suatu permasalahan di dunia.
berbagai cara untuk kite berkomunikasi dengan Allah sebagai contoh, dalam solat, zikir, bertasbih, membaca Al-Quran dan banyak lagi. komunikasi seperti ini boleh di lakukan secara sendirian atau beramai-ramai pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

KOMUNIKASI DENGAN MANUSIA (HABLUM MINANNAS)

komunikasi sesama manusia sangat luas dan mencakupi seluruh aktiviti harian yang kita lakukan dalam kehidupan.komunikasi seperti ini boleh berlaku secara langsung atau secara tidak langsung. sebagai contoh aktiviti yang selalu kita lakukan adalah dalam percakapan sesama ahli keluarga, pengajaran di sekolah antara guru dan pelajar, percakapan antara peniaga dab pembeli di kedai, dan penghujahan atau dakwah ajaran islam oleh imam atau ulama di masjid kepada khalayak ramai.

KOMUNIKASI DENGAN DIRI SENDIRI

komunikasi dengan diri sendiri di maksudkan dengan perbualan antara hati dan minda orang itu sendiri. komunikasi boleh sahaja berlaku bila-bila masa ketika kita sedang berfikir dan keseorangan memikirkan perihal diri sendiri. komunikasi dengan diri sendiri boleh melalui pelbagai cara sebagai contoh berfikir, muhasabah diri, proses menghisab, ibadah harian dan lain-lain lagi. komunikasi seperti ini bertujuan mengajar mengenal diri sendiri dan memperbaiki kelemahan dan meningkatkan amalan semoga leboh baik kelak nanti.

KOMUNIKASI MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR

komunikasi dengan alam sekitar dapat di huraikan dengan berkomunikasi antara aktiviti manusia dengan alam sekitar atau alam semulajadi. alam sekitar yang dimaksudkan adalah tumbuh-tumbuhan, haiwan, habitat dan isi alam lain. bersesuaian dengan fungsi manusia menurut islam sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, manusia perlu manfaatkan alam sekitar sebaik mungkin. sebagai contoh melestarikan alam sekitar, menghalang aktiviti pembalakan secara haram, menjaga kelestarian alam, menjaga habitat haiwan.
selain itu komunikasi alam termasuk juga dengan mahluk halus atau mahluk kudus. ini juga di kenali sebagai isi alam.

PRINSIP-PRINSIP KOMUNIKASI ISLAM

PRINSIP QAULAN SADIDAN

Qaulan Sadidan bermaksud pembicaraan atau komunikasi yang benar, jujur, lurus, tidak bohong, dan tidak berbeli-belit. Kata qaulan sadidan disebut dua kali dalam Al-Quran. Pertama, Allah menyuruh manusia menyampaikan qaulan sadidan dalam urusan anak yatim dan keturunan. Kedua, Allah memerintahkan qaulan sadidan sesudah takwa.

Alferd Korzybski, peletak dasar teori general semantics menyatakan bahwa penyakit jiwa , baik individual maupun sosial, timbul karena penggunaan bahasa yang tidak benar. Ada beberapa cara menutup kebenaran dengan komunikasi. Pertama, menggunakan kata-kata yang sangat abstark, ambigu, atau menimbulkan penafsiran yang sangat berlainan apabila kita tidak setuju dengan pandangan kawan kita.

Kedua, menciptakan istilah yang diberi makna lain berupa eufimisme atau pemutarbalikan makna terjadi bila kata-kata yang digunakan sudah diberi makna yang sama sekali bertentangan dengan makna yang lazim.

1. Tidak Bohong

maksud kata dari qaulan sadidan adalah tidak bohong. Nabi Muhammad saw bersabda, “Jauhi dusta, karena dusta membawa kamu pada dosa, dan dosa membawa kamu pada neraka. Lazimkanlah berkata jujur, karena jujur membawa kamu pada kebajikan, membawa kamu pada surga”. Al-Quran menyuruh kita selalu berkata benar, supaya kita tidak meninggalkan keturunan yang lemah.

2. Bahaya Bohong

Nabi Muhammad S.A.W – dengan mengutip Al-Quran – menjelaskan bahwa orang beriman tidak akan berdusta. Dalam perkembangan sejarah, umat Islam sering dirugikan karena berita-berita dusta. Yang paling parah ketika bohong memasuki teks-teks suci yang menjadi rujukan. Kebohongan tidak berhasil memasuki Al-Quran karena keaslian Al-Quran dijamin oleh Allah.

PRINSIP QAULAN BALIGHAN

Kata baligh berarti fasih, jelas maknanya , terang, tepat mengungkapkan apa yang dikehendaki. Oleh karena itu, prinsip qaulan balighan dapat diterjemahkan sebagai prinsip komunikasi yang efektif.

Berikut ini perincian Al-Quran tentang qaulan balighan.

1. Qaulan balighan terjadi bila komunikator menyesuaikan pembicaraannya dengan sifat-sifat komunikan. Dalam istilah Al-Quran, ia berbicara fi anfusihim (tentang diri mereka). Dalam istilah sunah, “Berkomunikasilah kamu sesuai dengan kadar akal mereka”. Pada zaman moden, ahli komunikasi berbicara tentang frame of reference dan field experience. Komunikator baru efektif bila ia menyesuaikan pesannya dengan kerangka rujukan dan medan pengalaman komunikannya.

2. Qaulan balighan terjadi bila komunikator (orang yang berkomunikasi) menyentuh komunikasi pada hati dan otaknya sekaligus. Aristoteles pernah menyebut tiga cara yang efektif untuk mempengaruhi manusia, iaitu ethos, logos dan pathos. Dengan ethos (kredibiliti komunikator), kita merujuk pada kualiti komunikator. Komunikator yang jujur, dapat dipercaya, memiliki pengetahuan tinggi, akan sangat efektif untuk memengaruhi komunikannya. Dengan logos(pendekatan rasional), kita meyakinkan orang lain tentang kebenaran argumentasi kita. Kita mengajak mereka berfikir, menggunakan akal sihat, dan membimbing sikap kritis. Kita tunjukan bahawa kita benar kerana secara rasional argumentasi kita harus diterima. Dengan pathos (pendekatan emosional), kita berkomunikasi untuk mengikuti pendapat kita.kita uji dan menduga emosi mereka, kita sentuh keinginan dan kerinduan mereka, kita redakan kegelisahan dan kecemasan mereka.

PRINSIP QAULAN MA’RUFAN

Kata qaulan ma’rufan disebutkan Allah dalam Al-Quran sebanyak lima kali. Pertama, berkenaan dengan pemeliharaan harta anak yatim. Kedua, berkenaan dengan perkataan terhadap anak yatim dan orang miskin.

Ketiga, berkenaan dengan harta yang diinfakkan atau disedekahkan kepada orang lain. Keempat, berkenaan dengan ketentuan-ketentuan Allah terhadap istri Nabi. Kelima, berkenaan dengan soal pinangan terhadap seorang wanita.

Kata ma’rufan dari kelima ayat tersebut, berbentuk isim maf’ul dari kata ‘arafa, bersinonim dengan kata al-Khair atau al-Ihsan yang bermaksud baik.

Berdasarkan paparan tersebut, maka dapat disimpulkan betapa pentingnya berbicara yang baik dengan siapa pun, di mana pun, dan kapan pun, dengan pembicaraannya itu akan mendatangkan pahala dan manfaat, baik bagi dirinya sebagai komunikator maupun bagi orang yang mendengarkan sebagai komunikasi.

Kriteria Kebaikan

Aristoteles (Ibnu Miskawiah, 1994: 90) mengatakan bahwa kebaikan itu dapat dibahagi menjadi:

Kebaikan mulia adalah kebaikan yang kemuliaannya berasal dari esensinya, dan membuat orang yang mendapatkannya menjadi mulia. Itulah kearifan dan nalar.

Kebaikan terpuji adalah kebaikan dan tindakan sukarela yang positif.

Kebaikan potensial adalah kesiapan memperoleh kebaikan mulia dan kebaikan terpuji.

Kebaikan yang bermanfaat adalah segala hal yang diupayakan untuk memperoleh kebaikan-kebaikan lainnya.

Kebaikan itu dapat pula dikategorikan, sebagai berikut:

Kebaikan substantif, yaitu kebaikan bukan terjadi kemudian, melainkan sudah bersamaan dengan Allah. Allah adalah kebaikan pertama karena segala sesuatu mengarah kepada-Nya, mendambakan-Nya, untuk memperoleh kebaikan Ilahi sperti kekekalan, keabadian dan kesempurnaan.

Kebaikan kuantiti, iaitu kebaikan yang berkenaan dengan angka bilangan dan jumlahnya yang memdai.

Kebaikan yang berkenaan dengan kualiti, iaitu kenikmatan.

PRINSIP QAULAN KARIMAN

Kata qaulan kariman dalam Al-Quran disebutkan hanya satu kali, yaitu dalam surat Al-Israa’ ayat 23.

Substansi ayat tersebut, paling tidak mengandung dua hal, yakni: (1) berkenaan dengan tuntunan berakhlak kepada Allah, dan (2) berkenaan dengan tuntunan berakhlak kepada kedua orang tua. Menurut Hamka (1999: 63), dalam Tafsir Al-Azhar menjelaskan bahwa akhlak kepada Allah merupakan pokok etika sejati, sebab hanya Allah semata yang berjasa kepada kita, yang menganugerahi hidup kita, memberi rezeki.

Tuntunan akhlak kepada kedua orang tua, antara lain: keharusan berbakti kepada orang tua, dan mengurus orang tua di saat mereka sudah usia lanjut. Jika seorang anak mengikuti perintah Allah ini, ia akan selamat di dunia dan di akhirat.

Kriteria Qaulan Kariman

Kata-kata bijaksana (fasih, tawaduk): yaitu kata-kata yang bermakna agung, teladan, dan falsafah. Dalam hal ini, Nabi S.A.W sering menyampaikan nasihat kepada umatnya dengan kata-kata bijaksana.

Kata-kata berkualiti: iaitu kata-kata yang bermakna dalam, bernilai tinggi, jujur, dan ilmiah. Kata-kata seperti ini sering diungkapkan oleh orang-orang cerdas, berpendidikan tinggi, dan memahami dan mendalami ilmu keagamaan.

Kata-kata bermanfaat: yaitu kata-kata yang memiliki efek positif bagi perubahan sikap dan perilaku penerima komunikasi/responden. Kata-kata seperti ini sering diucapkan oleh orang-orang terhormat seperti imam, guru, dan orang tua.

PRINSIP QAULAN LAYYINAN

Kata qaulan layyinan hanya satu kali disebutkan dalam Al-Quran (QS. Thaahaa: 44)

Ayat tersebut merupakan perintah Allah swt kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk mendakwahkan ayat-ayat Allah kepada Firaun dan kaumnya. Firaun sebagai seorang Raja Mesir memiliki watak keras, sombong, dan menolak ayat-ayat Allah, bahkan menantang Allah denagn mengaku sebagai Tuhan.

Nabi Muhammad saw mencontohkan kepada kita bahwa baginda selalu berkata lemah lembut kepada siapa pun, baik kepada keluarganya, kepada kaum muslimin yang telah mengikuti nabi, maupun kepada manusia yang belum beriman.

Dalam konteks komunikasi, model komunikasi demikian disebut komunikasi yang efektif. Komunikasi yang efektif adalah komunikasi yang berhasil mencapai tujuan dengan feedbackyang positif. Wilbur Schramm menuliskan apa yang dinamakan the condition of success in communication (kondisi suksenya komunikasi). Suksesnya sebuah proses komunikasi paling tidak harus memiliki dua persyaratan, yaitu :

1. Ditinjau dari pesannya:

- Pesan harus direncanakan dan disusun sedemikian rupa sehingga dapat menarik perhatian komunikan.

- Pesan harus menggunakan lambang-lambang yang tertuju kepada pengalaman yang sama antara komunikator dan responden.

- Pesan harus membangkitkan kebutuhan pribadi penutur dan mengarahkan beberapa cara untuk memperoleh kebutuhan tersebut.

- Pesan harus menyarankan suatu jalan untuk memperoleh kebutuhan tadi yang layak bagi situasi di mana responden berada pada saat ia digerakan untuk memberikan tanggapan yang dikehendaki.

- Pesan harus menggunakan kata-kata yang sederhana , halus, lembut, dan tidak angkuh.

Ditinjau dari komunikatornya haruslah memiliki dua kriteria yakni:

1. Source credibility, artinya komunikator harus memiliki keahlian tentang masalah yang sedang dibicarakan. Menurut Devito (1997: 459) terdapat tiga kriteria kredibilitas seorang komunikator, yaitu:

Tunjukkan kepada khalayak pengalaman dan pendidikan yang membuat kita layak membicarakan topik ini.

Kumpul dan gunakan pelbagai sumber komunikasi atau ilmu. Buatlah khalayak melihat bahwa kita telah menghuraikan topik ini secara mendalam dan tepat.

huraikan atau fokuskan khusus sumber kita jika khalayak tidak mengenalnya.

Fokuskan kepentingan maklumat yang boleh kite hurai/hujahkan kita,bukan ketidakmampuan kita.

Seorang komunikator harus memperlihatkan keahliannya ketika berdialog dengan khalayak. Seorang komunikator akan memiliki kredibilitas apabila ia berbicara tentang bidang yang tidak dikuasainya. Sebaliknya kalau seseorang bebicara tentang sesuatu yang tidak dikuasainya, ia tidak mempunyai kredibilitas apapun.

2. Source attractiveness atau daya tarik komunikator.

Komunikator akan memiliki daya tarik yang cukup kuat manakala ia dapat menunjukkan keikutsertaannya bersama komunikan dalam hubungannya dengan opini secara memuaskan. Untuk membangun daya tarik, menurut Devito (1997: 461) paling tidak terdapat empat kriteria penting harus dipenuhi komunikator, iaitu:

1. Tekankan kejujuran dan sikap tidak memihak. Bila menyampaikan pembicaraan persuasif, tekankan bahwa kita telah menelaah masalah secara akurat dari semua sisi dan tidak memihak.

2. Tekankan kepedulian kita pada nilai-nilai yang kekal. Tegaskan kepada khalayak bahwa posisi kita, tesis kita berkaitan dengan nilai-nilai yang luhur.

3. Tekankan kesamaan kita dengan khalayak, terutama kepercayaan, sikap, nilai, tujuan, dan kepentingan kita dengan khalayak.

4. Tekankan kepedulian kita akan kesejahteraan khalayak pendengar.

Demikianlah cara berkomunikasi yang efektif, yang dapat dijadiak pegangan bagi semua orang.

PRINSIP QAULAN MAYSURAN

Kata qaulan maysuran hanya satu kali disebutkan dalam Al-Quran, QS. Al-Israa’: 28.Berdasarkan sebab-sebab turunnya (ashab al-nuzulnya) ayat tersebut, Allah memberikan pendidikan kepada nabi Muhammad saw untuk menunjukkan sikap yang arif dan bijaksana dalam menghadapi keluarga dekat, orang miskin dan musafir.

Secara etimologis, kata maysuran berasal dari kata yasara yang artinya mudah atau gampang (Al-Munawir,1997: 158). Ketika kata maysuran digabungkan dengan kata qaulanmenjadi qaulan maysuran yang maksudnya berkata dengan mudah. Berkata dengan mudah maksudnya adalah kata-kata yang digunakan mudah dicerna, dimengerti,, dan difahami oleh penerima komunikasi.

Salah satu prinsip komunikasi dalam Islam adalah setiap berkomunikasi harus bertujuan mendekatkan manusia dengan Tuhannya dan hamba-hambanya yang lain. Islam mengharamkan setiap komunikasi yang membuat manusia terpisah dari Tuhannya dan hamba-hambanya.

Seorang komunikator yang baik adalah komunikator yang mampu menampilkan dirinya sehingga disukai dan disenangi orang lain. Untuk bisa disenangi orang lain, ia harus memiliki sikap simpati dan empati. Simapti dapat diartikan dengan menempatkan diri kita secara imajinasi dalam posisi orang lain (Bennett, dalam Mulyana, 1993: 83).

Namun dalam komunikasi, tidak hanya sikap simpati dan empati yang dianggap penting karena sikap tersebut relatif abstrak dan tersembunyi, tetapi juga harus diiringi dengan pesan-pesan komunikasi yang disampaikan secara bijaksana dan teratur.

http://mantanresidivis.wordpress.com/