Tuesday, July 24, 2012


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM KEMBALI

Dah hampir setahun saya mendiamkan diri. Mohon maaf kerana tidak berkongsi ilmu dan pengalaman,
Syukur Alhamdulilah kini saya menyambut RAMADHAN 1433Hijrah. Alhamdulilah bertemu kembali bulan mulia ini. Jangan lupa kerjakan amalan berpuasa. WAJIB tau. Puasa- puasa juga tetapi kerjakan solat 5 waktu. Tak cukup TIANG IMAN jika sekadar amalan puasa.

Bulan Ramadhan kali ini saya sekeluarga sambut dengan kadar sederhana. Alangkah sedih apabila puasa pertama tidak dapat berbuka bersama keluarga tercinta atas sebab kerja. Bagi mereka yang dapat berbuka puasa hari pertama bersama keluarga Tahniah saya ucapkan. Tumpang gembira untuk anda semua. 

Ramadhan tahun ini tanamlah azam dan doa baru untuk kita perbaiki kelemahan diri dan menajamkan lagi amal ibadat untuk mengukuhkan iman kita. Kurangkan dan elakkan tabiat yang boleh mengurangkan ganjaran pahala di bulan puasa. Ramadhan ni datang setahun sekali, syukur sekiranya kita masih boleh menyambut Ramadhan ini. Bulan inilah kita perlu berkerja keras dan berkeja-kejar mengumpul amalan untuk bekalan ke syurga. 

Panduan di bulan puasa


Waktu berSAHUR janganlah liat sebab sahur tu amalan terpuji. Jadikan sahur sebagai tenaga untuk seharian berkerja. Sahur dengan makanan yang sihat supaya otak lebih cergas dan badan lebih sihat malah bertenaga. Jika  tiada selera cukuplah dengan sekadar sebiji kurma dan secawan air. begitu juga dengan berBUKA PUASA. Jangan terlalu tamak makanlah sekadar perlu bukan sekadar mahu. Terawih la seeloknya berjemaah dengan saudara-saudara di surau atau masjid ketenangan dan nikmatnya jauh berbeza dari sembahyang bersendirian. 

P/S: sekadar disini hasil tinta saya. insyallah ada jodoh bertemu kembali saudara-saudari tersayang. Selamat Menjalani ibadah puasa Ramadhan semoga di limpahi barakah, rezeki, kemudahan, kejayaan, kesyukuran dan ganjaran berlipat ganda.Mohon maaf atas segala salah silap biarpun sebesar zarah sekalipun

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.






No comments:

Post a Comment