Thursday, September 27, 2012

ILUVISLAM.COM TERAJU SUMBER INFORMASI ISLAM

Assa'lamualai'kum muslimin yang mulia.

Entri kali ini saya akan berkongsi sedikit kenangan untuk di tatap bersama.
Saya yakin anda semua pasti tahu tentang website ini.
                                                  www.iluvislam.com

Sebagai pelajar semester akhir Fakulti Komunikasi Media, kami di beri projek akhir untuk mengambil salah satu media yang ada untuk di jadi kan kajian. Dan dengan lapang dada kami berbesar hati memilih ILUVISLAM.COM untuk menjadi kajian utama sebagai projek akhir. Malah kami juga di beri tempoh untuk menganjurkan KARNIVAL DIGITAL MEDIA (DMC) di MITC Ayer Keroh Melaka pada 15 dan 16 September lepas. Alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun pelbagai percikan terjadi. Syukran atas bantuan ahli-ahli kumpulan saya. Tiada mereka tiadalah booth kami di DMC itu.

Pertandingan mewarna bersama adik-adik di booth ILUVISLAM.COM

team mates namun masih kekurangan, hilang sebentar
seronok rasanya apabila semua berjalan lancar. Selesai event dan penutupan gerai. Terasa rindu untuk sama-sama menganjurkan event sebegini. Terima kasih juga kepada pihak ILUVISLAM kerana memberi peluang kepada kami untuk membuat interview dan goodies yang merchandiser yang di sumbangkan untuk memenuhkan gerai kami.
the very best moment to share
detik-detik yang kami habiskan bersama pihak ILUVISLAM sangat berharga. ILUVISLAM memang memenuhi kehendak pembaca dan pengguna. Saya juga menggunakan ILUVISLAM.COM sebagai rujukan. Pelbagai informasi, tips kesihatan, keluarga dan nasihat untuk anak muda boleh di praktikkan bersama. Bagi mereka yang mempunyai bakat berkarya apa salahnya anda kembangkan bakat-bakat anda untuk di kongsikan bersama kami di ILUVISLAM.COM.

Sampai di sini saja. Semoga di izinkan Allah untuk berkongsi cerita. WASSALAM
Syukran~Afwan

Bukan perkataan yang memberi Makna, hakikatnya ISTILAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera hendaknya.
semoga semua dalam keadaan sihat, tenang, dan di limpah rahmat Tuhan.

Sekian lama saya menyepi diri untuk entri baru. Maaf mungkin atas kekangan-kekangan kerja untuk tahun akhir.
Syukur Alhamdulilah satu persatu urusan dunia di lepasi, ada lagi 1,111,111, urusan yang mungkin masih belum selesai.

hari ini dengan hati terbuka saya nak berkongsi kisah saya. hah bagi mereka yang kenal pasti dengan keletah MASSCOMERS. saya salah seorang student MASSCOMERS dari UITM MELAKA. sesungguhnya rakan seperjuangan saya di kenali dengan karenah GLAMOUR, GEDIKS, HEBAT, GAH, ARTIS dan etc. tapi tak lah semua nya nakal-nakal belaka. urusan dunia ini semua sifat sementara. Almaklum manusia tak lepas dari sifat sentiasa berubah dan tidak berpuas hati dengan apa yang di miliki, di lakukan atau di garapkan. Termasuk juga saya.
rakan seMASSCOMERS

Saya yakin dengan pilihan jurusan saya. bukan atas niat untuk berada di kaca tv, tetapi untuk pelajari sesuatu yang lain dan meningkatkan kemahiran komunikasi. Sebab itu lahirnya adab dalam berkomunikasi. Syukran untuk rakan-rakan saya. 3 tahun bersama semuanya baik-baik sungguh. Dengan itu juga keyakinan diri saya meningkat.

Tidak yang keruh semua itu kotor, dan tidak pula yang cantik tiada celanya. sikap prejudice dan stereotyping menjadi ikutan dan amalan untuk zaman kita. Hendak di taram semua dah besar belaka, hendak di latih semua bagaikan dah mahir. Nak tak nak renungkan diri dan muhasabah.

Urusan dunia di kejar-kejar begitu juga urusan akhirat. Jangan lupa untuk berlumba-lumba. takut tiket ke syurga kehabisan. Hati yang baik tidak semua orang lihat, namun pakaian, perilaku, adab, dan budi bicara merupkan pembentuk hati yang cantik, moleh, putih dan bersih.

Rakan dan saudara-saudari yang di kasihi Allah dan saya mulia kan. Walaupun bidang kerja, bidang pelajaran kita berlainan. tapi tujuan kita hanya satu. ILMU,REDHA & GANJARAN. Tak kisah lah penilaian orang terhadap kita bagaimana sekalipun kita perlulah ada kesedaran dalam diri. Teguran adakala suatu bantuan, kritikan adakala suatu kekuatan. MINDSET positif Insyallah semua akan baik-baik sahaja.

Tuesday, July 24, 2012


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM KEMBALI

Dah hampir setahun saya mendiamkan diri. Mohon maaf kerana tidak berkongsi ilmu dan pengalaman,
Syukur Alhamdulilah kini saya menyambut RAMADHAN 1433Hijrah. Alhamdulilah bertemu kembali bulan mulia ini. Jangan lupa kerjakan amalan berpuasa. WAJIB tau. Puasa- puasa juga tetapi kerjakan solat 5 waktu. Tak cukup TIANG IMAN jika sekadar amalan puasa.

Bulan Ramadhan kali ini saya sekeluarga sambut dengan kadar sederhana. Alangkah sedih apabila puasa pertama tidak dapat berbuka bersama keluarga tercinta atas sebab kerja. Bagi mereka yang dapat berbuka puasa hari pertama bersama keluarga Tahniah saya ucapkan. Tumpang gembira untuk anda semua. 

Ramadhan tahun ini tanamlah azam dan doa baru untuk kita perbaiki kelemahan diri dan menajamkan lagi amal ibadat untuk mengukuhkan iman kita. Kurangkan dan elakkan tabiat yang boleh mengurangkan ganjaran pahala di bulan puasa. Ramadhan ni datang setahun sekali, syukur sekiranya kita masih boleh menyambut Ramadhan ini. Bulan inilah kita perlu berkerja keras dan berkeja-kejar mengumpul amalan untuk bekalan ke syurga. 

Panduan di bulan puasa


Waktu berSAHUR janganlah liat sebab sahur tu amalan terpuji. Jadikan sahur sebagai tenaga untuk seharian berkerja. Sahur dengan makanan yang sihat supaya otak lebih cergas dan badan lebih sihat malah bertenaga. Jika  tiada selera cukuplah dengan sekadar sebiji kurma dan secawan air. begitu juga dengan berBUKA PUASA. Jangan terlalu tamak makanlah sekadar perlu bukan sekadar mahu. Terawih la seeloknya berjemaah dengan saudara-saudara di surau atau masjid ketenangan dan nikmatnya jauh berbeza dari sembahyang bersendirian. 

P/S: sekadar disini hasil tinta saya. insyallah ada jodoh bertemu kembali saudara-saudari tersayang. Selamat Menjalani ibadah puasa Ramadhan semoga di limpahi barakah, rezeki, kemudahan, kejayaan, kesyukuran dan ganjaran berlipat ganda.Mohon maaf atas segala salah silap biarpun sebesar zarah sekalipun

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.