Sunday, January 23, 2011

SUMBER KOMUNIKASI ISLAM


Assalamualaikum saudara saudari yang di rahmati Allah sekalian. Sambungan post kali ini, saya ingin kongsi ilmu bersama anda semua mengenai sumber komunikasi islam.

1. Al-Quran

Sebagai umat islam sudah semestinya sumber rujukan utama kita kitab suci Al-Quran. Al-Quran juga adalah sebagai ajaran komunikasi yang paling berkesan.


2. Sunnah Rasulullah S.A.W

Sebagai sumber kedua komunikasi islam selepas al-quran. As-sunnah juga adalah sumber amali dan praktikal ataupun dikenali sebagai model operasi yang terbaik.

3. Ulamak-ulamak

Ulamak-ulamak adalah penhubung terbaik dalam proses komunikasi islam, peranan ulamak sebagai sumber komunikasi adalah mereka merupakan penerus pengembangan model komunikasi Rasulullah S.A.W dan Al-Quran dari semasa ke semasa melalui proses ijtihad dan prinsip dalil qat’i.

Penyebaran agama Islam melalui dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dilakukan melalui komunikasi antara manusia dengan manusia.


Komunikasi Islam yang disampaikan adalah berteraskan Al-Quran sebagai sumber rujukan tertinggi dan As-Sunnah sebagai Amali atau praktikal atau model operasi, di samping ijmak (pakatan ulama) dan qiyas (perbandingan) yang berlandaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.


wallahualam

Friday, January 14, 2011

KOMUNIKASI DALAM ISLAM

Assalamualaikum w.b.t.
Bismillahirahmanirahim....


Komunikasi dari segi bahasa berasal dari perkataan "Communicare" yang bermaksud penyertaan atau pemberitahuan. Dalam perkara ini dapat dilihat pada perkataa "Wasola" dalam bahasa arab yang terakam dalam a-Quran. Perkataan tersebut dari segi bahasanya membawa maksud 'sampaikan'. Dalam al-Quran pada dasarnya menyentuh hal ini yang menyatakan " Demi sesungguhnya kami telah sampaikan firman-firman (al-Quran) kepada mereka supaya mereka beroleh peringatan". Dalam pada itu terdapat beberapa perkataan lain dalam al-Quran yang menggambarkan aktiviti-aktiviti komunikasi. Antaranya ialah yang membawa erti 'Bacalah'(al-Alaq),khabarkanlah'(al-Nisa'), 'Katakanlah' (al-Mukmin), 'Berpesan-pesan' ( al-Ars), 'Dengarkanlah' (al-Maidah), dan lain-lain lagi..Dari perspektif agama, Islam dilihat sebagai agama yang bersifat mission yang menggesa penganutnya supaya berterusan menyebarkan mesej sama ada kepada rakan-rakan Muslim ataupun kepada bukan muslim. Setiap individu Muslim dianggap komunikator agama atau da'i (pendakwah) di mana diwajibkan menyampaikan mesej mengikut kadar keupayaan masing-masing. Tanggungjawab ini menjadikan tugas komunikasi adalah suatu tugas yang penting malah diperihatkan oleh Rasulallah s.a.w yang menggesa setiap muslim menyampaikan mesej daripada baginda walaupun hanya "satu ayat" . munikasi adalah satu aktiviti yang dianggap mulia oleh Islam. Malah Allah menyatakan bahawa seseorang yang menggunakan komunikasinya untuk menyerukan orang lain kepada mengesakan Allah, mematuhi perintah Allah dan ia sendiri melakukan kebaikan, orang tersebut adalah dianggap lebih baik perkataanya (ahsana Qaulan). Pada aspek yang lain dalam konteks komunikasi ini merupakan arahan dariapda Allah supaya memberi peringatan dan amaran kepada umat manusia. Arahan ini semakin nyata melalui lisan sebagai elemen penting komunikasi yang mana Raslalah s.a.w menuntut supaya melakukan pencegahan terhadap kemungkaran yang dilihatnya.

Jenis-jenis Komunikasi

Menurut Dr. Mohammad Fadhilah Kamsah, dari kaca maa sarjan Islam komunikasi kemanusiaan terbahagai kepada tiga iaitu komunikasi di antara manusia dengan Allah, komunikasi manusia dengan manusia dan komunikasi dengan alam persekitaran. Bagaimanapn ianya juga dibahagi kepada tiga bahagian yang sedikit berbeza. Tiga bahagian tersebut ialah komunikasi dengan pencipta, komunikasi dengan diri sendiri dan komunikasi dengam alam atau makhluk.

Prinsip Komunikasi Islam

i. Bercakap dengan lemah lembut. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui atas dalam kekufuran. Hendaklah kamu berkata kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut semoga ia beringat atau takut."

ii. Menggunakan perkataan yang baik-baik sebagaimana frman Allah yang bermaksud :" Dan katakanlah kepada hamba-hambaKu (yang beriman) supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik...".

iii. Menggunakan hikmah dan nasihat yang baik. Firman Alah : "Serulah ke jalan TuhanMu (wahai Muhammad) dengan kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik".

iv. Menyesuaikan bahasa dan isi percakapan dengan tahap kecerdasan akal dan pandangan. Dalam hal ini Rasulallah s.a.w bersabda : " Berbicaralah kepada manusia menurut akal (kecerdasan) mereka masing-masing".

v. Berbahas dengan cara yang lebih baik. Prinsip ini bersandarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud : " ... dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu ) dengan cara yang lebih baik ...."

vi. Menyebut perkara yang penting berulang kali. Prinsip ini bersandarkan kepada amalan Rasulallah s.a.w " Apabila baginda mengucapkan sesuatu kata-kata baginda mengulangi 3 kali sehingga kata-kata difahami".

vii. Mengotakan apa yang dkatakan. Prinsip ini bersandarkan firman Allah s.w.t : " Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kami tidak melakukannya".

MATLAMAT KOMUNIKASI DAN PERANAN

Komunikasi dalam Islam membawa MATLAMAT untuk membawa kesejahteraan kepada seluruh manusia dengan menggunakan bentuk-bentuk komunikasi yang berkesan. Dengan konmunikasi manusia dapat berinteraksi antara satu sama lain dengan mudah dan komunikasi yang menyeluruh contohnya menggunakan teori komunikasi barat yang digandingkan dengan ajaran Islam yang dapat membawa kesan baik kepada perubahan pembangunan masyarakat dalam melaksanakan kewajipan sebagai khalifah. Akhbar contohnya merupakan medium komunikasi yang mudah mempengaruhi dalam mewujudkan keharmonian dalam masyarakat. Komunikasi adalah alat paling utama untuk berinteraksi dengan tuhan dan mengenal bukan sahaja diri sendiri tetapi juga orang lain dan apa saja yang berada di sekeliling untuk dipelajari.

wallahualam



Friday, January 7, 2011

PEMBUKA MAAL HIJRAH

1. Do’a Pembuka Awal Tahun (1)
رَبَّنَا أَوْزِعْنَا أَنْ نَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيْنَا وَعَلَى وَالِدَيْنَا وَأَنْ نَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنَا بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ. اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبيِّ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ, أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ, أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ أَبُوْءُ بِذَنْبِي فَاغْفِرْلِي فَإِنَّهُ لاَيَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ. اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تَفْتَحُ لَنَا بِهَا أَبْوَابَ الرِّضَى وَالتَّيْسِيْرِ وَتُغْلِقُ بِهَا عَنَّا أَبْوَابَ الشَّرِّ وَالتَّعْسِيْرِ وَتَكُوْنُ لَنَا بِهَا وَلِيًّا وَنَصِيْراً. فَأَنْتَ مَوْلاَنَا وَوَلِيُّنَا فَنِعْمَ اْلمَوْلىَ وَنِعْمَ النَّصِيْرُ. اَللَّهُمَّ يَامُيَسِّرَ كُلِّ عَسِيْرٍ يَسِّرْ لَنَا كُلَّ أَمْرٍ عَسِيْرٍ فَإِنَّ تَيْسِيْرَ كُلِّ عَسِيْرٍ عَلَيْكَ يَسِيْرٌ. اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ خَيْرَمَا سَأَلَكَ نَبِيُّكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعِبَادُكَ الصَّلِحُوْنَ وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَااسْتَعَاذَ بِكَ مِنْهُ نَبِيُّكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعِبَادُكَ الصَّلِحُوْنَ. الَلَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيْنَا اْلإِيْمَانَ وَزَيِّنْهُ فِي قُلُوْبِنَا وَكَرِّهْ إِلَيْنَا اْلكُفْرَ وَاْلفُسُوْقَ وَالْعِصْيَانَ وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّاشِدِيْنَ. وَصَلَّى اللهُ عَلى سَيِّدِناَ وَمَوْلاَناَ مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَلاَمٌ عَلىَ اْلمُرْسَلِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ اْلعَالَمِيْنَ. الفاتحة.

2. Do’a Pembuka Awal Tahun (2)
اَللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ اْلقَدِيْمُ اْلأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ اْلعَظِيْمِ وَجُوْدِكَ اْلمُعَوَّلِ وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ نَسْأَلُكَ اْلعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَأَوْلِيَائِهِ وُجُنُوْدِهِ وَاْلعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ الأمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَاْلاِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنِي إِلَيْكَ زُلْفَى يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإكْرَامِ ياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
Yaa Allah, yang maha abadi, yang maha dahulu dan yang maha pertama…
Dengan segala anugerah-Mu yang agung dan kemuliaan-Mu yang diandalkan…
Sepanjang tahun hijriyah yang akan datang ini…
Aku mohon kepada-Mu perlindungan dari syetan, pemimpin-pemimpin dan bala tentaranya…
Aku mohon kepada-Mu pertolongan atas hawa nafsu yang selalu menyuruh kepada kejahatan…
Aku mohon kepada-Mu agar aku hanya disibukkan dengan hal-hal yang semakin mendekatkan diriku kepada-Mu semata.

وَصَلَّى اللهُ عَلى سَيِّدِناَ وَمَوْلاَناَ مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَسَلَّمَ, آمين.
Semoga sholawat dan salam tetap tercurahkan atas nabi Muhammad SAW dan atas semua sahabat dan k
eluarganya, Amin…


P/S : Seeloknya di baca setelah menunaikan solat magrib dan berdoa agar tahun baru peroleh keberkahan dan kebaikan dari sebelumnya. amin

Thursday, January 6, 2011

DAKWAH ISLAM dalam MUZIK

_bismillahirahmanirahim_

INDUSTRI SENI atau INDUSTRI MUZIK malaysia semakin kembang dan maju..setiap lapisan masyarakat xpernah jemu dan senantiasa melayan setiap genre muzik walaupun kita tidak sedar banyak faktor yang terkandung sebalik setiap bait lagu dan alunan muzik tersebut.
topik kali nie, sy nak share dgn kalian tentang MUZIK dan ISLAM.
sy yakin mesti korang pernah terfikir walaupun sekilas or sedetik tentang genre muzik di tanah air kita dalam pembentukan dakwah islamiah yang bermacam2 or versatile. maybe, certain people boleh terima muzik itu tanpa memikirkan aspek alunan muzik hanya menitik beratkan lirik yang terkandung dalam sebuah lagu itu.
penyampaian ilmu islam melalui muzik tidak la sy katakan salah malah alhamdulilah nasyid masih lagi terus berkembang dan masih bertahan dalam dunia seni tanah air dalam proses membantu masyarakat mendekatkan diri mengenali sedikit sebanyak mengenai kehidupan islam, sejarah islam dan tokoh-tokoh..

Isu nyanyian dalam bentuk RAP, POP, JAZZ, or HIP HOP juga wujud dalam nyanyian berbentuk keagamaan, tapi sejauh mane ianya bertahan dan sejauh mane kemurnian isi dan cara penyampaian tersebut di dengar dan di serap ke hati dengan cara yang betul. adakah ia hanya sekadar lagu, muzik, bagaimana dgn isi liriknye? bagaimana pula rentak muzik yg kdg kala sperti lari dari konsep islamic. wallahualam. sy masih belum mampu untuk menghuraikan kesemuanya.

Banyak aspek baik dan buruknya muzik seperti ini, kita sebagai pendengar dan muslim haruslah fikir sejenak, dapatkan hujahan dari mereka yg arif. adakah MUZIK zaman kini selaras dalam matlamat DAKWAH ISLAM sebenar kepada masyarakat...
sama-sama la kita renungkan dan bincangkan dan berkongsi pendapat dan ilmu di dada.
_wassalamualaikum_wallahualam

Tuesday, January 4, 2011

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum Muslimin muslimat yang di redha dan di kasihi Allah S.W.T sekalian, salam taaruf dari saya.
Alhamdulilah bersyukur kita kehadrat ilahi, masih lagi bernafas, jantung masih berdegup, mata masih lagi celik, akal masih sihat dan hati masih lagi boleh menilai sehingga ke saat ini.
oleh itu dengan tubuh badan yang masih sihat dan sempurna jangan la kita lupa nak tunaikan kewajiban seorang muslim walaupun sibuk bekerja, mencari rezeki yang halal. tunaikan solat 5waktu secukupnya dan jangan lah di lengah-lengahkan kerana ganjaran pahala kita pun akan di kurang kan. so, nanti kurang la bekalan untuk kita bawa pada akhirat menuju ke syurga.
yakin laa bahawa islam itu satu-satunya agama yg benar dan ISLAM la syurga sebenar bagi umat manusia. oleh itu, mari la sama-sama kita saling mengingati dan mengupas lebih mendalam tentang ISLAM dan isu-isu yang menarik mengikut peredaran zaman yang hampir ke penghujungnya. wallahualam.