Sunday, July 31, 2011

RAMADHAN DATANG KEMBALI KU SAMBUT PENUH MULIA


Assalamualaikum W.B.T saudara-saudari yang di rahmati Allah sekian..

Alhamdulilah syukur dan bahagianya Bulan penu Mulia telah tiba menjemput kita seumat untuk sama-sama beramal dan beribadat kepada-NYA.

Di kesempatan ini saya nak ucapkan “SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DAN MENUNAIKAN IBADAT PUASA”.

Bismillahirahmanirahim.

Segala puji bagi Allah yang menjadikan di antara jalan-jalan (kebaikanNya) adalah bulan Ramadhan, bulan puasa, bulan Islam, bulan kesucian, bulan pembersihan, bulan menegakkan shalat malam, bulan yang di dalamnya Al Qur’an diturunkan sebagai penyuluh dan (rincian) penjelasan petunjuk dan pembeda bagi manusia. (QS Al Baqarah: 185).

Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Tuhan yang Maha Agung, Maha Mulia dan Pemilik segala Alam.RAMADHAN-MU bakal menjelma, RAMADHAN-MU bakal di sambut dan di rai dengan penuh bermakna. Bulan Mulia segala bulan, bulan Rahmat segala bulan, bulan penuh cahaya dari segala bulan. Akan ku sambut dengan keikhlasan dan kemuliaan serta kebahgiaan.

Tuhan pemilik RAMADHAN, KAU terimalah amal-amal kami Ya Allah, kau terimalah PUASA kami Ya Rahman, KAU sucikanlah hati kami yang hitam dan gelap ini Ya Quduss, KAU peliharalah Iman dan Aqidah kami Ya Muhaimin, KAU ampunkanlah DOSA-DOSA lampau kami Ya Ghafur..

Sesungguhnya kami menanti malam seribu bulanMU Ya Allah. moga kami dipertemukan malam LAILATUL QADAR-MU..

Perkenankanlah doa kami Ya Allah


AMIN YA RAB'BAL ALAMIN~

Wednesday, July 27, 2011

BELAJAR PERBAIKI KELEMAHAN DIRI BUKAN HIPOKRIT


ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Alhamdulilah syukur di beri lagi kesempatan untuk saya kongsi sedikit sebanyak corat coret di entri baru.

Dah sekian lama saya tak buat entri untuk kongsi ilmu dan isu-isu baru dgn semua..

Rerakan sekalian yang di rahmati Allah sekian, entri kali ni saya nak cerita serba sedikit tentang HIPOKRIT. Perkataan yang paling tak asing dalam kehidupan dan lidah kita sendiri..

:buat baik salah, buat jahat salah. Apa yang korang nak?! Tolong orang, pakai tudung, cakap elok2 kau cakap aku HIPOKRIT apebenda yang kau nak dari aku?! Habaq mai?!!! “

Hah cuba awak semua perhatikan monolog kat atas ini. mesti ada di kalangan anda pernah mengalami nya kan..Astargfirullahal’azim..BERSANGKA BURUK pula kita terhadap orang sekeliling kita . adakah kita tidak rasa bersalah dengan mengeluh bersendirian?

HIPOKRIT bermaksud berpura-pura di hadapan orang lain sedangkan hakikat sebenar adalah sebaliknya.

Jika sudah sememangnya kita bersifat serba sederhana dari segi adab dan akhlak mengapa pula kita harus berpura-pura dan menjadi orang lain. Sesungguhnya kita cuba untuk menjdai yang terbaik di depan mata kawan-kawan, saudara dan keluarga. Tidak perlu lah kita berlakun kerana keikhlasan itu tiada dalam setiap benda yang kita kerjakan. Dengan itu kita seharusnya MENCUBA UNTUK MEMPERBAIKI. Bukan MEMALSUKAN DIRI UNTUK MENJADI PALING BAIK.

Akhir kata saya. Kurangkan bercakap kerana setiap percakapan dan perbualan yang sia-sia kita akan melemahkan daya minda. Oleh itu mari sama-sama kita berHIKMAH sesame kita.

· PERBAIKI DIRI

· PERBAIKI AKHLAK DAN ADAB

· PERBAIKI SEKELILING

Insyaallah dengan izin dan kurniaNYA kita akan peroleh kemudahan, rahmat inayahNYA. Amin

WALLAH’ULAM~