Wednesday, February 16, 2011

PERANAN MEDIA DALAM PENYEBARAN MAKLUMAT ISLAM

Para saujana komunikasi Barat seperti Schremm, Laswell, Lerner telah mengemukakan pelbagai peranan yang dapat di mainkan oleh media massa dalam masyarakat.
kategori-kategori peranan tersebut ialah :

1. pemberitahu dan pengawal persekitaran
2. penggalak perbincangan dan pendorong perubahan.
3. agen sosialisasi serta penyalur budaya dan nilai
4. penghibur

dalam konteks komunikasi islam yang mempunyai ruang lingkup yang lebih luas tentang media, telah menetapkan bahawa peranan media islam mestilah selari dan searus dengan peranan agama islam sendiri.

5 aspek penting dalam peranan media informasi islam ialah :

1. menyebarkan peranan islam dan menjelaskan kebenaran kepada orang ramai.

2. mempertahankan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan ummah.

3. menggunakan pendekatan dan kaedah yang bijaksana dalam menjayakan proses komunikasi yang berkesan

4. melancarkan perang saraf terhadap msusuh sebagai salah satu cara dakwah untuk menangkis serangan media barat seta melemahkan hujah dan posisi mereka disamping mengukuhkan sasaran dan perspektif islam.

5. menghadapi perang media propoganda asing serta melindungi ummah dari usaha yang menyesatkan.

No comments:

Post a Comment