Tuesday, February 1, 2011

BENTUK-BENTUK KOMUNIKASI

KOMUNIKASI DENGAN ALLAH (HABLUM MINALLAH)

komunikasi dengan ALLAH adalah komunikasi yang paling tinngi darjat kesucian dan kemuliaannya. komunikasi secara ini adalah komunikasi terus atau directly kepada Allah S.W.T tanpa perantaraannya. komunikasi seperti ini selalunya bertujuan untuk mendekatkan diri dengan Allah, memohon panduan, petunjuk, pertolongan, perlindungan, menyerah diri kepada Sang Pencipta, mengucap tanda syukur dan mengadu suatu permasalahan di dunia.
berbagai cara untuk kite berkomunikasi dengan Allah sebagai contoh, dalam solat, zikir, bertasbih, membaca Al-Quran dan banyak lagi. komunikasi seperti ini boleh di lakukan secara sendirian atau beramai-ramai pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

KOMUNIKASI DENGAN MANUSIA (HABLUM MINANNAS)

komunikasi sesama manusia sangat luas dan mencakupi seluruh aktiviti harian yang kita lakukan dalam kehidupan.komunikasi seperti ini boleh berlaku secara langsung atau secara tidak langsung. sebagai contoh aktiviti yang selalu kita lakukan adalah dalam percakapan sesama ahli keluarga, pengajaran di sekolah antara guru dan pelajar, percakapan antara peniaga dab pembeli di kedai, dan penghujahan atau dakwah ajaran islam oleh imam atau ulama di masjid kepada khalayak ramai.

KOMUNIKASI DENGAN DIRI SENDIRI

komunikasi dengan diri sendiri di maksudkan dengan perbualan antara hati dan minda orang itu sendiri. komunikasi boleh sahaja berlaku bila-bila masa ketika kita sedang berfikir dan keseorangan memikirkan perihal diri sendiri. komunikasi dengan diri sendiri boleh melalui pelbagai cara sebagai contoh berfikir, muhasabah diri, proses menghisab, ibadah harian dan lain-lain lagi. komunikasi seperti ini bertujuan mengajar mengenal diri sendiri dan memperbaiki kelemahan dan meningkatkan amalan semoga leboh baik kelak nanti.

KOMUNIKASI MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR

komunikasi dengan alam sekitar dapat di huraikan dengan berkomunikasi antara aktiviti manusia dengan alam sekitar atau alam semulajadi. alam sekitar yang dimaksudkan adalah tumbuh-tumbuhan, haiwan, habitat dan isi alam lain. bersesuaian dengan fungsi manusia menurut islam sebagai khalifah Allah di muka bumi ini, manusia perlu manfaatkan alam sekitar sebaik mungkin. sebagai contoh melestarikan alam sekitar, menghalang aktiviti pembalakan secara haram, menjaga kelestarian alam, menjaga habitat haiwan.
selain itu komunikasi alam termasuk juga dengan mahluk halus atau mahluk kudus. ini juga di kenali sebagai isi alam.

No comments:

Post a Comment