Monday, February 28, 2011

cabaran media ICT dalam komunikasi islam


assalamualaikum w.b.t

perkembangan teknologi dalam arus modenisasi semakin berleluasa. arus media teknologi masa kini tidak seperti dulu, arus globalisasi atau dunia tanpa sempadan kini semakin membimbangkan setiap lapisan masyarakat. tidak di pertikaikan kebaikan dan keburukan peningkatan teknolgi masa kini. tetapi ada kala ia membimbangkan pihak2 setempat yang kuatir tentang aktiviti anak2 mereka. pasangan suami isteri atau rakan2.

penggunaan media ICT kini bertujuan menyimpan, memproses dan menyampaikan maklumat kepada pengguna, pembaca dan masyarakat.

1. Penyimpanan merupakan usaha mengumpul maklumat yang di peroleh.
2. Pemprosesan merupakan usaha dalam menapis setiap maklumat mengikut kategorinya.
3. Penyampaian pula bermaksud prose dimana maklumat akan di sebarkan kepada pengguna dan masyarakat dengan pelbagai cara.


rakan2, saudara saudari sekalian hari ni saya nak berkongsi apakah cabaran2 ICT terhadap komunikasi islam yang semakin menghimpit kita.

1. penggunaan internet yang tidak bertapis
2. rancangan di TV yang tidak di tapis secara telus
3. media bertulis yang memaparkan karya2 yang tidak sepatutnya serta grafik2 yang berunsur lucah dan membatasi syariat islam.



bagi membanteras masalah dan kemelut ini daripada semakin berlarutan, langkah2 yang pragmatik harus la kita laksanakan. sebagai contoh.:
1. memperbanyakkan kandungan ilmiah menerusi ICT.
2. Mendidik umat islam menggunakan ICT secara beretika dab bermoral.


dalam komunikasi islam setiap mesej hendak lah di utarakan dan di sampaikan dengan cara yg tepat dan benar agar tidak menyinggung mana2 pihak. sebagai contoh"

a. apabila Nabi Musa di perintahkan berjumpa dgn firaun, baginda di arah supaya menggunakan bahasa yang lembut (Tahaa:44)
b. apabila kita berkomunikasi dangan ibu bapa hendaklah berkata dengan kata-kata yang lembut, tidak berkasar atau dengan nada menengking. ( al-Isra:23)
c. perlu menapis setiap berita yang di bawa oleh orang fasiq (Al-Hujurat:6)
d. apabila berbahas perlu berbahas dengan cara yang terbaik dan bijaksana supaya musuh tertarik dengan islam (An-Nahl:125)



No comments:

Post a Comment