Sunday, January 23, 2011

SUMBER KOMUNIKASI ISLAM


Assalamualaikum saudara saudari yang di rahmati Allah sekalian. Sambungan post kali ini, saya ingin kongsi ilmu bersama anda semua mengenai sumber komunikasi islam.

1. Al-Quran

Sebagai umat islam sudah semestinya sumber rujukan utama kita kitab suci Al-Quran. Al-Quran juga adalah sebagai ajaran komunikasi yang paling berkesan.


2. Sunnah Rasulullah S.A.W

Sebagai sumber kedua komunikasi islam selepas al-quran. As-sunnah juga adalah sumber amali dan praktikal ataupun dikenali sebagai model operasi yang terbaik.

3. Ulamak-ulamak

Ulamak-ulamak adalah penhubung terbaik dalam proses komunikasi islam, peranan ulamak sebagai sumber komunikasi adalah mereka merupakan penerus pengembangan model komunikasi Rasulullah S.A.W dan Al-Quran dari semasa ke semasa melalui proses ijtihad dan prinsip dalil qat’i.

Penyebaran agama Islam melalui dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dilakukan melalui komunikasi antara manusia dengan manusia.


Komunikasi Islam yang disampaikan adalah berteraskan Al-Quran sebagai sumber rujukan tertinggi dan As-Sunnah sebagai Amali atau praktikal atau model operasi, di samping ijmak (pakatan ulama) dan qiyas (perbandingan) yang berlandaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.


wallahualam

No comments:

Post a Comment