Friday, January 14, 2011

KOMUNIKASI DALAM ISLAM

Assalamualaikum w.b.t.
Bismillahirahmanirahim....


Komunikasi dari segi bahasa berasal dari perkataan "Communicare" yang bermaksud penyertaan atau pemberitahuan. Dalam perkara ini dapat dilihat pada perkataa "Wasola" dalam bahasa arab yang terakam dalam a-Quran. Perkataan tersebut dari segi bahasanya membawa maksud 'sampaikan'. Dalam al-Quran pada dasarnya menyentuh hal ini yang menyatakan " Demi sesungguhnya kami telah sampaikan firman-firman (al-Quran) kepada mereka supaya mereka beroleh peringatan". Dalam pada itu terdapat beberapa perkataan lain dalam al-Quran yang menggambarkan aktiviti-aktiviti komunikasi. Antaranya ialah yang membawa erti 'Bacalah'(al-Alaq),khabarkanlah'(al-Nisa'), 'Katakanlah' (al-Mukmin), 'Berpesan-pesan' ( al-Ars), 'Dengarkanlah' (al-Maidah), dan lain-lain lagi..Dari perspektif agama, Islam dilihat sebagai agama yang bersifat mission yang menggesa penganutnya supaya berterusan menyebarkan mesej sama ada kepada rakan-rakan Muslim ataupun kepada bukan muslim. Setiap individu Muslim dianggap komunikator agama atau da'i (pendakwah) di mana diwajibkan menyampaikan mesej mengikut kadar keupayaan masing-masing. Tanggungjawab ini menjadikan tugas komunikasi adalah suatu tugas yang penting malah diperihatkan oleh Rasulallah s.a.w yang menggesa setiap muslim menyampaikan mesej daripada baginda walaupun hanya "satu ayat" . munikasi adalah satu aktiviti yang dianggap mulia oleh Islam. Malah Allah menyatakan bahawa seseorang yang menggunakan komunikasinya untuk menyerukan orang lain kepada mengesakan Allah, mematuhi perintah Allah dan ia sendiri melakukan kebaikan, orang tersebut adalah dianggap lebih baik perkataanya (ahsana Qaulan). Pada aspek yang lain dalam konteks komunikasi ini merupakan arahan dariapda Allah supaya memberi peringatan dan amaran kepada umat manusia. Arahan ini semakin nyata melalui lisan sebagai elemen penting komunikasi yang mana Raslalah s.a.w menuntut supaya melakukan pencegahan terhadap kemungkaran yang dilihatnya.

Jenis-jenis Komunikasi

Menurut Dr. Mohammad Fadhilah Kamsah, dari kaca maa sarjan Islam komunikasi kemanusiaan terbahagai kepada tiga iaitu komunikasi di antara manusia dengan Allah, komunikasi manusia dengan manusia dan komunikasi dengan alam persekitaran. Bagaimanapn ianya juga dibahagi kepada tiga bahagian yang sedikit berbeza. Tiga bahagian tersebut ialah komunikasi dengan pencipta, komunikasi dengan diri sendiri dan komunikasi dengam alam atau makhluk.

Prinsip Komunikasi Islam

i. Bercakap dengan lemah lembut. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui atas dalam kekufuran. Hendaklah kamu berkata kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut semoga ia beringat atau takut."

ii. Menggunakan perkataan yang baik-baik sebagaimana frman Allah yang bermaksud :" Dan katakanlah kepada hamba-hambaKu (yang beriman) supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik...".

iii. Menggunakan hikmah dan nasihat yang baik. Firman Alah : "Serulah ke jalan TuhanMu (wahai Muhammad) dengan kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik".

iv. Menyesuaikan bahasa dan isi percakapan dengan tahap kecerdasan akal dan pandangan. Dalam hal ini Rasulallah s.a.w bersabda : " Berbicaralah kepada manusia menurut akal (kecerdasan) mereka masing-masing".

v. Berbahas dengan cara yang lebih baik. Prinsip ini bersandarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud : " ... dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu ) dengan cara yang lebih baik ...."

vi. Menyebut perkara yang penting berulang kali. Prinsip ini bersandarkan kepada amalan Rasulallah s.a.w " Apabila baginda mengucapkan sesuatu kata-kata baginda mengulangi 3 kali sehingga kata-kata difahami".

vii. Mengotakan apa yang dkatakan. Prinsip ini bersandarkan firman Allah s.w.t : " Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan apa yang kami tidak melakukannya".

MATLAMAT KOMUNIKASI DAN PERANAN

Komunikasi dalam Islam membawa MATLAMAT untuk membawa kesejahteraan kepada seluruh manusia dengan menggunakan bentuk-bentuk komunikasi yang berkesan. Dengan konmunikasi manusia dapat berinteraksi antara satu sama lain dengan mudah dan komunikasi yang menyeluruh contohnya menggunakan teori komunikasi barat yang digandingkan dengan ajaran Islam yang dapat membawa kesan baik kepada perubahan pembangunan masyarakat dalam melaksanakan kewajipan sebagai khalifah. Akhbar contohnya merupakan medium komunikasi yang mudah mempengaruhi dalam mewujudkan keharmonian dalam masyarakat. Komunikasi adalah alat paling utama untuk berinteraksi dengan tuhan dan mengenal bukan sahaja diri sendiri tetapi juga orang lain dan apa saja yang berada di sekeliling untuk dipelajari.

wallahualam



No comments:

Post a Comment