Wednesday, July 27, 2011

BELAJAR PERBAIKI KELEMAHAN DIRI BUKAN HIPOKRIT


ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Alhamdulilah syukur di beri lagi kesempatan untuk saya kongsi sedikit sebanyak corat coret di entri baru.

Dah sekian lama saya tak buat entri untuk kongsi ilmu dan isu-isu baru dgn semua..

Rerakan sekalian yang di rahmati Allah sekian, entri kali ni saya nak cerita serba sedikit tentang HIPOKRIT. Perkataan yang paling tak asing dalam kehidupan dan lidah kita sendiri..

:buat baik salah, buat jahat salah. Apa yang korang nak?! Tolong orang, pakai tudung, cakap elok2 kau cakap aku HIPOKRIT apebenda yang kau nak dari aku?! Habaq mai?!!! “

Hah cuba awak semua perhatikan monolog kat atas ini. mesti ada di kalangan anda pernah mengalami nya kan..Astargfirullahal’azim..BERSANGKA BURUK pula kita terhadap orang sekeliling kita . adakah kita tidak rasa bersalah dengan mengeluh bersendirian?

HIPOKRIT bermaksud berpura-pura di hadapan orang lain sedangkan hakikat sebenar adalah sebaliknya.

Jika sudah sememangnya kita bersifat serba sederhana dari segi adab dan akhlak mengapa pula kita harus berpura-pura dan menjadi orang lain. Sesungguhnya kita cuba untuk menjdai yang terbaik di depan mata kawan-kawan, saudara dan keluarga. Tidak perlu lah kita berlakun kerana keikhlasan itu tiada dalam setiap benda yang kita kerjakan. Dengan itu kita seharusnya MENCUBA UNTUK MEMPERBAIKI. Bukan MEMALSUKAN DIRI UNTUK MENJADI PALING BAIK.

Akhir kata saya. Kurangkan bercakap kerana setiap percakapan dan perbualan yang sia-sia kita akan melemahkan daya minda. Oleh itu mari sama-sama kita berHIKMAH sesame kita.

· PERBAIKI DIRI

· PERBAIKI AKHLAK DAN ADAB

· PERBAIKI SEKELILING

Insyaallah dengan izin dan kurniaNYA kita akan peroleh kemudahan, rahmat inayahNYA. Amin

WALLAH’ULAM~

No comments:

Post a Comment