Sunday, March 6, 2011

KESAN PENYALAHGUNAAN MEDIA TERHADAP MASYARAKAT


Assalamualaikum w.b.t.
Bismillahirahmanirahim....

Penggunaan media atau teknologi masa kini semakin meningkat. pengguna semakin liar dan bijak dalam mengakses maklumat dan melungsuri mana-mana media hanya menggunakan jari. pepatah inggeris ada berkata "techonology on your fingertips". berbagai-bagai isu telah di perkatakan dan di bincangkan mengenai penyalahgunaan media terhadap masyarakat. oleh itu hari ini saya ingin kupas mengenai penyalahgunaan media dalam masyarakat masa kini.

1. INTERNET
Penggunaan internet semakin hari semakin meningkat tanpa terbatas. seluruh lapisan masyrakat telah menjadikan Internet satu medium atau bahan media paling utama dalam kehidupan mereka. setiap maklumat boleh di peroleh hanya dengan menekan papan kekunci saje. namun sejauh manakah mereka menggunakan atau memanfaatkan penggunaan media dengan cara yang positif. ?
penggunaan internet masa kini semakin tidak terkawal dan bertapis. banyak laman-laman atau homepage yang mengandungi unsur2 khurafat, seks@lucah, syirik dan membatasi syariat islam. ada juga laman web yang berunsur menghina atau mencemeh agama islam. namun masih saja ada viewer atau pengguna yang melawati laman web tersebut.
internet juga melalaikan pengguna seperti games, laman sembang atau mencari rakan sosial.
melalui laman sembang pelbagai isu atau jenayah kian berlaku tanpa kita duga, banyak kes tipu berlaku yang melibatkan wang ringgit malah melibatkan maruah juga turut terjadi.

2. Television

Penggunaan Tv juga memberi kesan yang negatif sekiranya ia di salahgunakan atau tidak di kawal. siaran-siaran di kaca TV masa kini memaparkan banyak aksi-aksi yang tidak bermoral dan tidak sepatutnya di tayangkan kepada lapisan masyarakat terutama remaja dan kanak2.
aksi2 stunt juga memberi impak yang negatif kpd kanak2 kerana mereka meniru aksi berikutan itu terjadi pula isu kemalangan dan kecederaan.
siaran yang menyangkan aksi2 'romance' juga semakin kerap muncul di kaca TV. ini memberi impak yg kurg menyenangkan kerana remaja masa kini berani dan sifat ingin cuba semakin membuak dan membawa kepada kemaksiatan.

3. Majalah atau media Cetak

media cetak tidak kurang hebatnya. komik dan majalah hiburan juga semakin hari membimbangkan masyrakat kita. majalah2 hiburan masa kini seringkali memaparkan gambar2 atau isu2 berkaitan yang boleh mengaibkan sesebuah pihak dan memaparkan gambar2 yg tidak senonoh. terdedah sane sini. astargfirullah. apa nak jadi. mereka memberi contoh yang tidak sepatutnya kepada remaja2 di luar dan menjadikan suatu budaya baru yang tidak mencantikkan kemurnian aurat seseorang muslim.
majalah2 porno juga mudah didapati oleh remaja di pasaran ikutan pencegahan yang kurang berkesan. komik2 juga melalaikan kanak2 dan remaja dalam pendidikan dan membuat imaginasi mereka semakin liar.

oleh itu saudara saudari yang prihatin perlu melaksanakan lankah2 yg pragmatik untuk membanteras dan meyelamatkan kemurnian iman dalam kalangan masyarakat kita. insyallah Allah bantu kita sekiranya kita membantu diri sendiri dan orang lain untuk sama2 menjauhi kemungkaran.
wallahualam~

1 comment: