Sunday, March 6, 2011

marilah berzikir.

marilah berzikir mengucap syukur dan memuji Allah S.W.T

KESAN PENYALAHGUNAAN MEDIA TERHADAP MASYARAKAT


Assalamualaikum w.b.t.
Bismillahirahmanirahim....

Penggunaan media atau teknologi masa kini semakin meningkat. pengguna semakin liar dan bijak dalam mengakses maklumat dan melungsuri mana-mana media hanya menggunakan jari. pepatah inggeris ada berkata "techonology on your fingertips". berbagai-bagai isu telah di perkatakan dan di bincangkan mengenai penyalahgunaan media terhadap masyarakat. oleh itu hari ini saya ingin kupas mengenai penyalahgunaan media dalam masyarakat masa kini.

1. INTERNET
Penggunaan internet semakin hari semakin meningkat tanpa terbatas. seluruh lapisan masyrakat telah menjadikan Internet satu medium atau bahan media paling utama dalam kehidupan mereka. setiap maklumat boleh di peroleh hanya dengan menekan papan kekunci saje. namun sejauh manakah mereka menggunakan atau memanfaatkan penggunaan media dengan cara yang positif. ?
penggunaan internet masa kini semakin tidak terkawal dan bertapis. banyak laman-laman atau homepage yang mengandungi unsur2 khurafat, seks@lucah, syirik dan membatasi syariat islam. ada juga laman web yang berunsur menghina atau mencemeh agama islam. namun masih saja ada viewer atau pengguna yang melawati laman web tersebut.
internet juga melalaikan pengguna seperti games, laman sembang atau mencari rakan sosial.
melalui laman sembang pelbagai isu atau jenayah kian berlaku tanpa kita duga, banyak kes tipu berlaku yang melibatkan wang ringgit malah melibatkan maruah juga turut terjadi.

2. Television

Penggunaan Tv juga memberi kesan yang negatif sekiranya ia di salahgunakan atau tidak di kawal. siaran-siaran di kaca TV masa kini memaparkan banyak aksi-aksi yang tidak bermoral dan tidak sepatutnya di tayangkan kepada lapisan masyarakat terutama remaja dan kanak2.
aksi2 stunt juga memberi impak yang negatif kpd kanak2 kerana mereka meniru aksi berikutan itu terjadi pula isu kemalangan dan kecederaan.
siaran yang menyangkan aksi2 'romance' juga semakin kerap muncul di kaca TV. ini memberi impak yg kurg menyenangkan kerana remaja masa kini berani dan sifat ingin cuba semakin membuak dan membawa kepada kemaksiatan.

3. Majalah atau media Cetak

media cetak tidak kurang hebatnya. komik dan majalah hiburan juga semakin hari membimbangkan masyrakat kita. majalah2 hiburan masa kini seringkali memaparkan gambar2 atau isu2 berkaitan yang boleh mengaibkan sesebuah pihak dan memaparkan gambar2 yg tidak senonoh. terdedah sane sini. astargfirullah. apa nak jadi. mereka memberi contoh yang tidak sepatutnya kepada remaja2 di luar dan menjadikan suatu budaya baru yang tidak mencantikkan kemurnian aurat seseorang muslim.
majalah2 porno juga mudah didapati oleh remaja di pasaran ikutan pencegahan yang kurang berkesan. komik2 juga melalaikan kanak2 dan remaja dalam pendidikan dan membuat imaginasi mereka semakin liar.

oleh itu saudara saudari yang prihatin perlu melaksanakan lankah2 yg pragmatik untuk membanteras dan meyelamatkan kemurnian iman dalam kalangan masyarakat kita. insyallah Allah bantu kita sekiranya kita membantu diri sendiri dan orang lain untuk sama2 menjauhi kemungkaran.
wallahualam~

Saturday, March 5, 2011

Etika Komunikasi Islam dan kewartawanan dalam Islam

Assalamualaikum w.b.t.

Bismillahirahmanirahim....

ETIKA KOMUNIKASI DALAM PERSPEKTIF ISLAM

Dalam perspektif Islam, komunikasi merupakan bagian yang tak terpisahkan dalam kehidupan manusia karena segala gerak langkah kita selalu disertai dengan komunikasi. Komunikasi yang dimaksud adalah komunikasi yang islami, yaitu komunikasi berakhlak al-karimah atau beretika. Komunikasi yang berakhlak al-karimah berarti komunikasi yang bersumber kepada Al-Quran dan hadis (sunah Nabi).

Di dalam hadis Nabi juga, ditemukan prinsip-prinsip etika komunikasi, bagaiman Rasulullah saw mengajarkan berkomunikasi kepada kita. Misalnya, pertama, qulil haqqa walaukana murran (katakanlah apa yang benar walaupun pahit rasanya) (hadis).

Kedua, falyakul khairan au liyasmut (katakanlah bila benar kalau tidak bisa diamlah).

Ketiga, laa takul qabla tafakur(janganlah berbicara sebelum berpikir terlebih dahulu).

Keempat, Nabi menganjurkan berbicara yang baik-baik saja, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Dunya,“Sebutkanlah apa-apa yang baik mengenai sahabatmu yang tidak hadir dalam pertemuan, terutama hal-hal yang kamu sukai terhadap sahabatmu itu sebagaimana sahabatmu menyampaikan kebaikan dirimu pada saat kamu tidak hadir”.

Kelima, selanjutnya Nabi saw berpesan, “Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang…yaitu mereka yang menjungkirkan-balikkan fakta (fakta) dengan lidahnya seperti seekor sapi yang mengunyah-ngunyah rumput dengan lidahnya”.

Pesan Nabi saw tersebut bermakna luas bahwa dalam berkomunikasi hendaklah sesuai dengan fakta yang kita lihat, kita dengar, dan kita alami.

Prinsip-prinsip etika tersebut, sesungguhnya dapat dijadikan landasan bagi setiap muslim – ketika melakukan proses komunikasi, baik dalam pergaulan sehari-hari, berdakwah, maupun aktivitas-aktivitas lainnya.

o Betulkan niat iaitu bekerja semata-mata untuk mencari keredaan Allah.

o Memulakan setiap kerja dengam Bismillah dan apabila selesai mengucap Alhamdulullah.

o Berada di medan penulisan kerana melaksanakan kewajipan aradi dan fardhu kifayah.

o Kekalkan pendirian menulis hanya atas dasar kejujuran.

o Bercita-cita menegakkan yang makruf dan mencegah/ menentang kemungkaran.

o Melaksanakan Islam dalam diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia dengan mengambilkira hukum wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

o Membenci dan meninggalkan perkara yang haram dan makruh.

o Menimba ilmu Islam melalui pengajian (berguru) disamping pembacaan dan pemerhatian.

o Ingatlah! Pena adalah pedang jihad bukan senjata yang memuntahkan peluru-peluru fitnah, tohmahan dan seumpamanya.

Secara ringkas nya dapat kita nyatakan etika komunikator menurut islam seperti berikut:

1. Qaulan sadida (al-Nisa’:9) :jujur dan benar

2. Qaulan ma’rufa (al-Nisa’:5) : kebenaran dan kebaikan

3. Qaulan baligha (al-Nisa’:63) : informasi yand disampaikan kepada masyarakat hendaklah berupa kata-kata yang mampu membekas pada jiwa seseorang.

4. Qaulan maisura (al-Isra’:28) informasi yang hendak di sampaikan hendaklah berupa suatu perkara yang layak dab baik untuk di bincangkan.

Qaulan karima (al-Isra:23): informasi yang berupa dengan kata-kata yang mulia.


WALLAHUALAM.

Cara Komunikator Islam yang dapat mendekati golongan remaja


assalamualaikum W.B.T saudara saudari sekalian.
syukur Alhamdulilah kita dapat bertemu sekali lagi untuk berkongsi ilmu.
entry sy kali ini adalah mengenai bagaimana cara seorang komunikator cuba untuk mendekati remaja,
barangkali kita sedar bahawa keadaan masyarakat dari kalangan remaja kian membinbangkan kita.
peranan seorang komunikator adalah.
1. menyeru kepada keimanan
2. memberi peringatan dan amaran
3. mengubah sesuatu negatif kepada yang positif
4. mencapai tujuan bersama (mendapat meredhaan ilahi)
5. memperbaiki mutu kehidupan dunia dan akhirat

seorang komunikator perlu melakukan bebrapa cara yang pragmatik untuk mendekati remaja-remaja di luar agar mendekatkan diri dalam amal ibadat dan sentiasa mengingati Allah S.W.T

1. melalui forum agama
2. tazkirah
3. perbincangan dalam kumpulan
4. dakwah dalam nyanyian
5. khutbah solat juma'at

Monday, February 28, 2011

cabaran media ICT dalam komunikasi islam


assalamualaikum w.b.t

perkembangan teknologi dalam arus modenisasi semakin berleluasa. arus media teknologi masa kini tidak seperti dulu, arus globalisasi atau dunia tanpa sempadan kini semakin membimbangkan setiap lapisan masyarakat. tidak di pertikaikan kebaikan dan keburukan peningkatan teknolgi masa kini. tetapi ada kala ia membimbangkan pihak2 setempat yang kuatir tentang aktiviti anak2 mereka. pasangan suami isteri atau rakan2.

penggunaan media ICT kini bertujuan menyimpan, memproses dan menyampaikan maklumat kepada pengguna, pembaca dan masyarakat.

1. Penyimpanan merupakan usaha mengumpul maklumat yang di peroleh.
2. Pemprosesan merupakan usaha dalam menapis setiap maklumat mengikut kategorinya.
3. Penyampaian pula bermaksud prose dimana maklumat akan di sebarkan kepada pengguna dan masyarakat dengan pelbagai cara.


rakan2, saudara saudari sekalian hari ni saya nak berkongsi apakah cabaran2 ICT terhadap komunikasi islam yang semakin menghimpit kita.

1. penggunaan internet yang tidak bertapis
2. rancangan di TV yang tidak di tapis secara telus
3. media bertulis yang memaparkan karya2 yang tidak sepatutnya serta grafik2 yang berunsur lucah dan membatasi syariat islam.



bagi membanteras masalah dan kemelut ini daripada semakin berlarutan, langkah2 yang pragmatik harus la kita laksanakan. sebagai contoh.:
1. memperbanyakkan kandungan ilmiah menerusi ICT.
2. Mendidik umat islam menggunakan ICT secara beretika dab bermoral.


dalam komunikasi islam setiap mesej hendak lah di utarakan dan di sampaikan dengan cara yg tepat dan benar agar tidak menyinggung mana2 pihak. sebagai contoh"

a. apabila Nabi Musa di perintahkan berjumpa dgn firaun, baginda di arah supaya menggunakan bahasa yang lembut (Tahaa:44)
b. apabila kita berkomunikasi dangan ibu bapa hendaklah berkata dengan kata-kata yang lembut, tidak berkasar atau dengan nada menengking. ( al-Isra:23)
c. perlu menapis setiap berita yang di bawa oleh orang fasiq (Al-Hujurat:6)
d. apabila berbahas perlu berbahas dengan cara yang terbaik dan bijaksana supaya musuh tertarik dengan islam (An-Nahl:125)



metode dakwah islamiah


assalamualaikum maaf kerana semakin hari semakin lewat saya berkongsi ilmu bersama anda semua,. sibuk ntah kemana saje la saya nie. so, hari ni saya akan kongsi bersama anda dalam perjalan melakar blog islamiah saya dgn tujuan menyampaikan maklumat mengenai cara atau metode dakwah islam melalui komunikasi.

7 cara untuk menyampaikan dakwah islamiah melalui komunikasi adalah melalui media:

1. Al-Quran
2. Jemaah atau organisasi
3. Lisan
4. Tulisan.
5.Lukisan atau gambar
6. Perbuatan dan bahasa termasuk isyarat
7. Audio-visual.


selain itu penyampai maklumat atau dakwah islamiah boleh di giat atau di kuat kan dgn melaksanakan atau mwujudkan lagi banyak laman web atau homepage islamic di internet.
penggunaan internet yang semakin berleluasa perlu la kita kukuhkan lagi penggunaannya ke arah kebaikan dan berlandaskan syariat islam.

Wednesday, February 16, 2011

PERANAN MEDIA DALAM PENYEBARAN MAKLUMAT ISLAM

Para saujana komunikasi Barat seperti Schremm, Laswell, Lerner telah mengemukakan pelbagai peranan yang dapat di mainkan oleh media massa dalam masyarakat.
kategori-kategori peranan tersebut ialah :

1. pemberitahu dan pengawal persekitaran
2. penggalak perbincangan dan pendorong perubahan.
3. agen sosialisasi serta penyalur budaya dan nilai
4. penghibur

dalam konteks komunikasi islam yang mempunyai ruang lingkup yang lebih luas tentang media, telah menetapkan bahawa peranan media islam mestilah selari dan searus dengan peranan agama islam sendiri.

5 aspek penting dalam peranan media informasi islam ialah :

1. menyebarkan peranan islam dan menjelaskan kebenaran kepada orang ramai.

2. mempertahankan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan ummah.

3. menggunakan pendekatan dan kaedah yang bijaksana dalam menjayakan proses komunikasi yang berkesan

4. melancarkan perang saraf terhadap msusuh sebagai salah satu cara dakwah untuk menangkis serangan media barat seta melemahkan hujah dan posisi mereka disamping mengukuhkan sasaran dan perspektif islam.

5. menghadapi perang media propoganda asing serta melindungi ummah dari usaha yang menyesatkan.